ANCAMAN MELAYU ISLAM
PERPADUAN MELAYU
Thursday, 4 April 2013
Perpaduan Umat Islam: Islam atau Politik lebih penting?
Antara faktor terbesar yang menjadi
penyebab pepecahan Melayu ialah ideologi POLITIK. Kerana perbezaan
politik, Melayu yang dulunya bersatu, kini berpecah belah. Kerana
perbezaan politik juga, Melayu mengenepikan ajaran Islam semata-mata
untuk memuaskan nafsu dan kepentingan politik mereka.
Politik adalah perkara subjektif dan
boleh diubah-ubah mengikut keadaan, zaman dan pucuk pimpinan parti.
Sebagai contoh, PAS dan UMNO pernah bersatu dan kemudian berpecah
kemudiannya. PAS dan UMNO bersatu kerana faktor pemimpin, zaman dan
keadaan semasa.
Ketika penyatuan PAS di bawah BN dahulu,
Melayu dilihat sangat ultra. Melayu bersatu selepas kejadian 13 Mei.
Melayu bersatu selepas melihat kuasa Melayu dan Islam terancam dan
Melayu bertindak untuk bersatu. Namun, hanya kerana beberapa kemelut
perbezaan pendapat di antara PAS dan UMNO, menyebabkan PAS mengambil
keputusan untuk keluar dari BN. Maka Melayu berpecah sekali lagi.
Kini, pemimpin yang menyebabkan pepecahan
PAS dan UMNO sudah tidak berkuasa. PAS di pimpin oleh Hadi dan UMNO di
pimpin oleh Najib. Najib mempelawa PAS bersatu kembali di bawah BN, dan
ini dilihat satu usaha yang baik oleh rakyat yang sudah muak dengan
pepecahan Melayu Muslim yang merugikan mereka.
Namun, PAS masih jual mahal dan enggan
bersatu. Mengapa? Kerana Nik Aziz berdendam pada UMNO dan BN tentang
peristiwa lalu. Kerana PAS melihat DAP dan PKR lebih “mulia” dan
“Islamik” berbanding UMNO dan BN. DAP dipeluk dan Guan Eng dinobatkan
sebagai “Khalifah Ar-Rasyid” di Pulau Pinang.
Pas menganggap pelawaan Najib itu adalah
kerana politik, dan bukan ikhlas kerana Islam. Kata PAS, pelawaan Najib
itu adalah kerana UMNO lemah dan hanya ingin bersatu demi bangsa Melayu.
Itu sangkaan PAS.
Namun, benarkah apa yang dianggap PAS
itu? Benarkah UMNO lemah dan pelawaan Najib itu lebih kepada motif
politik? Apakah politik merupakan segalanya bagi agenda penyatuan dan
perpaduan umat Islam di Malaysia?
Jika jawapan bagi persoalan tersebut
adalah “YA”, maka jelaslah bahawa prinsip jawapan itu berTuhankan
politik dan mengenepikan ajaran Islam yang disampaikan Rasulullah S.A.W.
Prinsip itu meletakkan Islam di bawah, politik di atas! Prinsip itu
lebih mengutamakan nafsu dan kepentingan kuasa politik serta
mengenepikan ajaran Islam yang menyeru umatnya agar bersatu.
Pada masa ini, saya melihat UMNO lebih
positif ke arah menyatupadukan umat Islam. Pelawaan Najib itu bukan
kerana politik. Pelawaan itu kerana beliau tidak rela melihat saudara
seIslamnya terus dipermainkan dan dikotorkan oleh DAP dan PKR. DAP jelas
menolak Islam dan PKR jelas menipu serta bersifat munafik dalam
pelbagai segi.
Memang UMNO ada “kurang”nya dan kurangnya
itulah yang perlu diisi oleh PAS! UMNO tidak meminta PAS membubarkan
partinya. UMNO hanya meminta PAS bersatu bersamanya untuk menyatukan
umat Islam, sama-sama mengimarahkan Malaysia sebagai sebuah Daulah
Islamiyyah yang lebih hebat dan sama-sama mempertahankan kuasa Melayu
Muslim di Tanah Melayu ini. Salahkah pelawaan itu?
Pelawaan itu hanya diputar belit oleh
segelintir golongan yang kononnya “berilmu tinggi”, professor “serba
tahu”, ulama “hebat tersohor” dan parti politik bukan Islam bukan
bumiputera yang sememangnya takut dan risau melihat penyatuan dan
perpaduan dikalangan umat Melayu Muslim!
Mereka takut dengan agenda persaudaraan
Melayu Muslim akan menjadi seperti perpaduan di antara Muhajirin dan
Ansar yang memperlihatkan kekuatan Islam ke seluruh dunia! Mereka takut
dengan perpaduan Melayu Muslim kerana ia bakal menggagalkan misi mereka
ke Putrajaya dan merubah Tanah Melayu ini mengikut acuan kehendak
mereka!
Menyedihkan. Mengecewakan dan tidak
sepatutnya berlaku. Itulah yang saya boleh simpulkan kepada agenda
perpaduan Melayu Muslim di negara ini. Meskipun begitu, saya tidak akan
berputus asa untuk menyampaikan mesej kepada pemimpin-pemimpin tertinggi
Melayu Muslim tentang agenda ini supaya diusahakan demi masa depan umat
Melayu Muslim di negara ini.
Kita Melayu perlu bersatu. Letakkanlah
kepentingan politik di bawah dan letaklah kembali Islam di atas. Itu
saja yang dapat menyatu padukan umat Islam di Malaysia ini. Buanglah
ego, dendam dan kepentingan mengejar kuasa kerana ianya lebih kepada
urusan duniawi yang akan diperhitungkan kelak diakhirat. Agenda Islam di
negara ini lebih penting - sumber : mykmu.net
Subscribe to:
Posts (Atom)